Thursday 3 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Tahun : 6 Berlian
Bilangan Murid : 40 orang
Jantina : 18 Lelaki / 22 Perempuan
Masa : 7.40 pagi - 8.20 pagi

Tunjang : Kesihatan Diri & Keluarga
Tajuk : Kekeluargaan
Sub Topik: Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga untuk membentuk keluarga bahagia

Objektif : Disepanjang proses pembelajaran, murid dapat

Kognitif
* Menulis sekurang-kurangnya 2 peranan setiap ahli keluarga
* Mencatatkan sekurang-kurangnya 4 ciri-ciri keluarga bahagia

Psikomotor
* Melakonkan satu situasi keluarga bahagia berkaitan dengan isu-isu
kekeluargaan.
* Membincangkan dan membentangkan hasil kerja kumpulan tentang peranan
setiap ahli keluarga.

Afektif
* Menghormati dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah
* Melahirkan rasa kasih sayang kepada setiap ahli keluarga.

Pengalaman sedia ada :
1. murid mempunyai ahli keluarga sendiri
2. murid telah mempelajari peranan dan tanggungjawab ahli keluarga ketika
di tahun 5

Persediaan Guru
1. Keetas mahjong dan pen marker
2. laptop dan projektor
3. slaid gambar

BAHAGIAN
Set Induksi ( 3 minit )
Minggu 1

Aktiviti
1. Guru menunjukkan slaid yang menunjukkan gambar berkaitan kekeluargaan
2. Murid memberi respon terhadap slaid yang ditunjukkan

Isi Pembelajaran
Slaid menunjukkan gambar ahli keluarga
1. Guru bertanyakan murid tentang apa yang dilihat
2. Perbezaan dalam gambar tersebut
Komponen keluarga yang asas
* Ayah / suami
* Ibu / isteri
* Abang
* Kakak
* Adik

Pengelolaan
Kelas
Guru menyediakan gambar keluarga berkaitan isu kekeluargaan

Catatan
Murid menyenaraikan komponen asas keluarga







Perkembangan 1 ( 15 minit )

Aktiviti
1. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
3. Setiap kumpulan diminta memilih satu sampul di mana di dalamnya terkandung
tugasan yang diberikan guru.
4. Guru meberikan tugasan kepada setiap ahli kumpulan

Isi Pembelajaran
Tugasan yang diberikan kepada pelajar

a. 4 situasi yang berkaitan dengan isu-isu kekeluargaan ( lakonkan watak yang diberi )
b. Peranan dan tanggungjawab sebagai
- bapa
- ibu
- kakak
- abang
- adik

Pengelolaan
Guru memperdengarkan beberapa lagu mengenai keluarga bahagia semasa murid mengadakan perbincangan

Catatan
Perbincangan dalam kumpulan







Minggu Ke 2
Perkembangan 2 ( 15 minit )
Aktiviti :
1. Murid dikehendaki membentang hasil dapatan masing-masing dalam masa ditetapkan
2. Guru memantau dan membetulkan kesalahan murid
3. Guru menulis di papan putih dan menjelaskan peranan setiap ahli keluarga selepas semua kumpulan membentangkan hasil dapatan

Isi Pembelajaran :
Murid akan memberi respon dan bertanyakan soalan kepada kumpulan yang sedang membentang
( Peranan dan Tanggungjawab sebagai
-bapa /ibu/kakak/abang/adik

Pengelolaan :
Hasil Kerja Berkumpulan
Catatan:
Persembahan dari kumpulan

Minggu Ke 3
Penilaian ( 22 minit )

Aktiviti:
1. Penilaian formatif - Pelajar perlu menjawab soalan kuiz. Masa diberikan adalah selama 5 minit
2. Selepas selesai menjawab soalan, murid diarahkan menukar kertas jawapan dengan murid lain untuk disemak dengan jawapan yang diberikan oleh guru.

Isi Pembelajaran :
Cadangan Soalan :
1. senaraikan 4 peranan setiap ahli keluarga
2. senaraikan 4 ciri-ciri keluarga bahagia

Penutup ( 5 minit )
Aktiviti :

1. Guru tajuk yang diajar
2. Guru menunjukkan kepada murid gambar-gambar mangsa penderaan dna melihat reaksi murid.
3. Guru memberikan tugasan/folio berkaitan peranan setiap ahli keluarga masing-masing
4. Guru memasang lagu " Keluarga Bahagia " dari kumpulan Saujana
5. Murid bersama-sama menyanyikan lagu " Keluarga Bahagia "

Isi Pembelajaran
1. Definisi Keluarga
2. Peranan setiap ahli keluarga
Murid membezakan ciri-ciri keluarga bahagia dan tidak bahagia
Murid akan menyenaraikan peranan dalam keluarga masing-masing

Pengelolaan:
1.Kelas
2.Pelajar diminta memasukkan gambar keluarga di dalam tugasan/folio nanti